Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Catatan Perjalanan Di China – Hari Pertama

25 April 2010. Kami mendarat di Pu Dong International Airport jam 6.30 pagi. Lenggang aje. Agak jauh berjalan dari tempat berhenti sehingga tempat ambik barang. Tetiba tergelak semasa pemeriksaan imigresen dimana pegawai imigresen tu mengambil masa yang lama dan berkali-kali untuk compare muka dengan gambar dalam passport dan visa. Kemudian dia ambik pula suatu alat untuk scan gambar pada visa. Apakah kerana berkopiah ketika tu ?

Terasa penat juga 5 jam atas flight. Selain dari Ms Fara, di airport telah menunggu pemandu pelancong kami iaitu Ms Hana. Kemudian kami di bawa bersarapan di Restoran KFC. Entahlah, Ms Hana tu kata halal !!! Dalam perjalanan ke restoran tu, kami ada juga melalui restoran jenama yang sama, kenapa tak singgah yang itu sedangkan ia lebih dekat ? Apakah sebab yang itu tidak halal ? Namun kami cuma makan bubur sayur dan air kopi.

Kemudian kami meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah van menuju Shanghai. Dalam van tersebut Ms Hana menerangkan tentang Airport Pu Dong serta Shanghai. Shanghai mempunyai dua airport iaitu Hongqiao International and Pudong International Airport.

Namun Hongqiao Airport lebih menumpukan kepada penerbangan domestik serta beberapa bandar besar di rantau sana seperti Tokyo dan Seoul. Manakala Pu Dong Airport untuk penerbangan ke serata dunia.

Kesibukan Shanghai
Perjalanan menuju Shanghai melalui lebuhraya yang agak besar atau lebar. Menghampiri Shanghai dapat di lihat kepesatan, kemodenan dan kesibukan Shanghai dengan bangunan dan apartment yang tinggi-tinggi serta kenderaan yang bertali arus. Jalannya bertingkat-tingkat dan basikal masih meluas digunakan.

Shanghai merupakan bandaraya dengan keluasan kekira 7,000km persegi. Ia dibentuk oleh 17 daerah kecil serta 1 wilayah. Dengan penduduk seramai 20 juta, selain menjadi bandar terbesar di China, ia juga dianggap sebagai salah satu Bandar Terbesar Dunia berdasarkan kawasan metropolitannya. Berbanding dengan bandar seperti Beijing dan Guanzhou, Shanghai dianggap bandar yang modern sedikit dan masih baru.

Pasar & Taman Yuyuan
Kami kemudiannya dibawa ke Pasar Yuyuan, bandar lama yang mengambarkan kesenian dan tradisi lama orang China. Pelbagai jualan makanan dan cenderamata terdapat di sini, namun menyedari ini tempat pelancongan tentunya barangnya agak mahal. So lihat-lihat saja sambil menikmati suasana dan pemandangan yang menarik di sini.

Memang sibuk dengan orang ramai. Tetapi kelihatan kebanyakkan mereka adalah muka-muka orang Cina sahaja. Mungkin mereka dari wilayah lain di Negara China sendiri ? Maklumlah negara China luas dan ramai penduduknya.

Disini terdapat sebuah taman yang percayai dibina pada abad ke-16, dinamakan Yuyuan Garden. Dapat dilihat gaya tradisi orang China pada ukiran batu-batu, kawasan pokok dalam taman, kolam, ukiran naga di dinding serta jambatan zigzag yang merentasi kolam dalam taman tersebut.

Selepas itu kami dibawa ke sebuah restoran halal untuk makan tengahari. Walaupun memang terasa lapar, namun ... argh !! Tak lalu untuk memakannya, berlendir dan ... entahlah. Banyak pulak tu order dibuat. Kalau hari-hari begini, matilah !!



Masjid Shanghai Western City
Kemudian kami di bawa ke sebuah masjid ditengah-tengah bandaraya Shanghai, iaitu Masjid Xia Tao Yuan atau disebut juga Shanghai Western City Masjid.

Ada seorang pegawai masjid yang kebetulan berada di situ menyambut kehadiran kami, tetapi masalah bahasa untuk berkomunikasi. Namun kami tidak dapat nak solat dalamnya lantaran ianya sedang sibuk diubahsuai. Katanya disebabkan menjelangnya World Shanghai Expo yang akan berlangsung mulai 1 May ini.

Masjid ini siap dibina pada tahun 1930 dan kini di bawah pemeliharaan pihak bandaraya. Ruang solat berasingan disediakan untuk jemaah wanita.

Lima C
Kemudian kami bergerak menuju ke Hangzhou. Jelas kelihatan kemodenan dan kepesatan bandaraya Shanghai apabila meredah kami bandaraya. Ms Hana kata kos sara hidup memang agak tinggi di Shanghai, seseorang lelaki khususnya perlu ada 5C sebelum berhajat untuk kawin iaitu Career, Condominium, Car, Credit Card dan Cooking. Teruk le lagu tu … mati beragan atau kawin lari ajelah !!!

Lebuhraya Shanghai-Hangzhou
Kami melalui lebuhraya Shanghai-Hangzhou. Lebuhraya sepanjang 195km tersebut dikatakan antara yang terbaik di China dan menepati standard antarabangsa. Sepanjang perjalanan ada 3 lorong dan kami sempat singgah sebentar di R & R yang disediakan.

Rasanya tandas di R & R Plus lagi bersih dan sedap baunya daripada yang disediakan di sini. Tetapi tertarik dengan salah satu tempat kencing yang disediakan, dimana kelihatan cantik apabila pokok ditanam di sebalik cermin. Macam pokok plastik aje ...

Sepanjang jalan juga kelihatan pembinaan rail keretapi antara Shanghai dan Hangzhou di tepi lebuh raya. Dijangka projek tersebut siap akhir tahun ini. Tetapi difahamkan sekarang pun sudah ada perkhidmatan keretapi antara dua bandar tersebut.

Bandar Hangzhou
Dari Masjid Shanghai Western City tadi, perjalanan mengambil masa hampir 3 jam sebelum tiba di Hotel Edinburg, tempat penginapan kami di Hangzhou. Sebenarnya sesak dan banyak trafik light di Bandar Shanghai dan ketika masuk Bandar Hangzhaou.

Hangzahou merupakan ibu negeri bagi wilayah Zhejiang yang terkenal serta kaya dengan pemandangan yang menarik dan bersejarah sehingga menjadi antara tempat tumpuan utama pelancong ke China.

Selepas berehat dan bersiap, kami kemudiannya turun untuk makan malam pulak. Kali ini kami makan di sebuah restoran muslim milik Mongolian. Rasanya tidak jauh dari hotel penginapan kami. Walaupun baru jam 5.30 petang, namun hari sudah gelap.

Berbanding dengan yang di Shanghai, kali ini ok dan tersangat OK. Tambahan OJ pun mengeluarkan serunding dagingnya. Yang best ialah satay daging panggang. Sambil menunggu makanan tersedia sempat bertegur sapa dengan pekerjanya, agaknya yang difahaminya cuma, ‘I am from Malaysia’.

West Lake Impression
Lepas makan, kami ke West Lake untuk melihat persembahan kebudayaan yang bermula jam 8.00malam. Persembahan selama 1 jam dengan tiket 120Yuan tu agak menarik.

Walaupun tidak faham apa cerita persembahan ala-ala drama juga, namun kesan lampu, cahaya, bunyi dan tarian berirama yang dilakukan di atas plantar di tengah-tengah tasik tu cukup menarik sekali. Ramai yang terlibat dalam persembahan yang dikatakan diadakan setiap malam, kecuali hari hujan.

Yang sering menjadi kebimbangan, tidak terjerlus masuk dalam tasik ke sebab buat persembahan dalam gelap ? Khabarnya, pengarah persembahan merupakan orang yang juga terlibat dalam menyediakan persembahan semasa Sukan Olimpik di Beijing beberapa tahun lalu. Lepas persembahan tersebut, Ms Hana kata, ianya merupakan tiga buah kisah cinta yang menjadi lagenda West Lake serta Hangzhou.

Qiangtang River Bridge
Agak tertarik dengan jambatan dua tingkat yang merentasi sebuah sungai di Hangzhou iaitu, Qiangtang River Bridge. Kami sempat melaluinya. Ia mula dibuka pada tahun 1937 dan dianggap pertama seumpamanya oleh seorang jurutera China.

Sebahagian jambatan ini pernah dimusnahkan bagi menyekat kemaraan tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke II, kemudian dibaiki semula. Kini diatasnya jalan keretapi, manakala di bawahnya jalan raya. Balik hotel baru perasan yang perkhidmatan internet ada disediakan dan ianya free !! Dapat tahu keputusan awal pilihanraya Hulu Selangor menerusinya. Tak sangka jugak. Disebalik taburan janji jutaan RM, cuma menang sekitar 1,700 undi berbanding target majoriti 6 ribu undi ?

Tetapi siaran TV semuanya chinese, kecuali satu saluran berita base in Singapore. Tetapi disediakan juga program video in demand yang menyenaraikan english movie popular tetapi yang lama-lama.

Kadar Murah Telefon
Sempat telefon khabar isteri dengan menggunakan nombor baru yang diajar oleh Salim dari 3Com iaitu dail *120*006 diikuti dengan nombor telefon yang hendak dihubungi dan diakhiri dengan #. Umpamanya nombor yang hendak dihubungi ialah 03-8889930 maka dail dengan *120*006038889930#. Ianya boleh digunakan walau di mana anda berada, tidak semestinya di China. Kadarnya pun dikatakan murah. Bagus ni ...

Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah