Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Restoran Cina Muslim Mohd Chan

Berinspirasikan bahawa keenakan masakan orang cina perlu juga dikongsi bersama dengan kaum Melayu Islam di Malaysia, maka Mohamad Chan Abdullah telah membuka restoran pertamanya di Bukit Beruntung Selangor yang menyediakan makanan untuk orang Islam dan bukan Islam.

Konsep yang diperkenalkan telah mendapat sambutan yang baik dan seterusnya berkembang dengan pembukaan beberapa cawangan Restoran Mohd Chan lain di Lembah Kelang, termasuklah satu di Bandar Baru Bangi. Aku bersama keluarga telah sekurang-kurangnya dua kali berkunjung dan menjamu selera di restoran Cawangan Bandar Baru Bangi.

Nak pergi selalu tidak bolehlah, sebab selalunya restoran begini harganya pun eksklusif juga. Pergi kali pertama kerana anniversary perkahwinan dan kali kedua sekadar meraikan Kausar dapat keputusan PGNK 4.0 dalam peperiksaan semester 1 Pusat Asasi Sains UM yang baru diumumkan.


Apa yang menariknya pada kunjungan kedua, terdapat maklumat serta latar belakang Mohamad Chan Abdullah khususnya yang digantung di tangga naik ke atas. Di atas kejayaan dalam industry restoran makanan halal di Malaysia, beliau telah dianugeragi sebagai Tokoh Maal Hijrah 1433H Negeri Selangor. Hebat juga.

Tetapi yang hendak dicatatkan di sini ialah pengalaman dalam dua kunjungan ke Restoran Mohd Chan Bandar Baru Bangi. Kalau berkunjung untuk makan malam, sebaik datang selepas solat maghrib.

Kalau lepas Isyak, mungkin kena queue menunggu giliran sehingga ada meja yang kosong. Walaupun ada dua tingkat selalunya yang tingkat bawah cepat penoh. Atas pun ok, ada penghawa dingin selain tandas dan tempat solat.

Makanan ‘killer’ bagi aku ialah Ketam Masak Merah Istimewa. ia terdiri daripada tiga ekor ketam sederhana besar yang dibelah dua. Tapi kalau buka buku menu, mana yang ada tanda tangan menunjukkan bagus, itulah yang specialnya di restoran ini.

Masakan seafood boleh katakan semuanya ada. Air jus kedondongnya mengingatkan aku kepada jus kedondong yang aku nikmati semasa berkunjung ke Medan dahulu. Sungguh tidak mengecewakan.

Suasana restoran agak bersih dan makanan yang di tempahpun tidaklah lama masa menunggunya. Hairan juga sebersih begitu, masih hanya diberikan penaraan Gred B ?

Yang lain tu aku kira masakannya sedap-sedap belaka dan daripada segi rasa, memang berpuas hati kalau makan di sini.

Tapi aku tak tahulah apa makanan Cina yang istimewa di sini. Yang kami order makanan biasa saja. Kalau mengingatkan aku makan di restoran halal di Shanghai dulu, tak lalu aku nak memakannya.

Gambar berikut adalah semasa kunjungan kami yang kedua baru-baru ini.

Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah