Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Demontrasi Gabungan Memansuhkan ISA

Sabtu 1 Ogos 2009, ibukota Kuala Lumpur dikatakan sesak lantaran penganjuran satu demontrasi anjuran Gerakan Memansuhkan ISA ( GMI ). Nama aje GMI, tetapi rasanya yang dominan dalam perhimpunan tersebut ialah parti politik pembangkang. Isu yang timbul dan diperbesar-besarkan ialah kesusahan orang ramai akibat kesesakan serta kedai-kedai ditutup sehingga dikatakan melumpuhkan operasi. Akibatnya mereka yang terkena mahu mengambil tindakan menyaman dan menuntut gantirugi.

Persoalannya sama ada ISA hendak dimansuh atau direvamp ? Kenapa pula hendak revamp sedangkan ada akta atau peruntukan undang-undang selainnya sekarang boleh digunakan untuk mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian demi keselamatan negara. Intipati utama dalam ISA ialah penahanan tanpa bicara dan tanpa di bawa ke muka pengadilan.


Ini yang menjadi perkara utama bantahan sehingga seolah-olah dipergunakan oleh pemerintah untuk sama ada mempertahankan diri atau parti pemerintah, tetapi berselindung atas nama keselamatan Negara. Kekadang tu tuduhan yang kita dengar macam tidak logik tetapi akhirnya dibebaskan dan tidak tahu sama ada benar atau tidak tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.

Demontrasi GMI pada hari itu boleh menyedarkan kepada penggubal undang-undang dan orang awam ( pengundi ) bahawa penahanan tanpa bicara ISA itu perlu dimansuhkan kerana setiap dakwaan perlu dibuktikan di mahkamah. Ini bagi memberi ruang untuk orang yang didakwa membela dirinya dan bagi mengelakkan penganiayaan. Tambahan pihak kerajaan berkali-kali membuat kenyataan akan dan sedang mengkaji semula ISA. So demontrasi itu setidak-tidaknya membuktikan kehendak rakyat. Memang ramai MP dalam parlimen dari pembangkang. Memang musyawarah satu kaedah kepada penyelesaian, tapi kalau bermesyuarat dan meeting sana sini tak sudah-sudah ngabiskan boreh aje ?

Nampaknya polis dilihat bertindak keras terhadap rakyat yang dikatakan hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Orang ramai hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya ISA yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Mereka kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA. Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Semburan dan gas pemedih mata sekali lagi digunakan.


Ada juga yang mempersoalkan, ramai yang ditangkap terdiri daripada Melayu dan berkopiah. Ini dikatakan agak memalukan. Betulkah begitu ? Mereka cuma berarak ke istana untuk menyampaikan pandangan mereka kepada sultan yang memerintah. Yang memalukan jika orang yang berkopiah lepak kat kedai nombor ekor, tempat dangdut dan sebagainya. Mengaku islam tapi jadi Pengarah atau Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak ?

Aku rasa kalau setakat berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara, tu suatu yang mudah dan tidak perlu dibuat sekatan jalanraya sana dan sini. Sekatan jalan raya pun gagal untuk menggagalkan demontrasi. So tak payah buat sekatan yang menjadi punca kepada kesesakan jalan raya. Orang Malaysia masih berbudi bahasa dan berakhlak mulia dan tidak boleh digambarkan bahawa demontarsi aje, ada keganasan seperti yang berlaku di sesetengah Negara luar. Malah kalau tiada sekatan dan provokasi, orang yang datang tu boleh memberikan pulangan baik kepada peniaga lantaran kebanjiran pulohan ribu manusia dari seluruh Malaysia.
Share:

0 Komen:

Blog Tazkirah

Penafian

Pengunjung boleh menggunakan maklumat dan gambar dalam blog ini untuk sebarang tujuan kebaikan. Digalakkan agar dinyatakan kredit kepada blog ini. Namun, atas sebarang kehilangan, kerosakan, kesusahan atau gangguan yang timbul kerana menggunakan maklumat dalam blog ini adalah tanggungjawab masing-masing.

Harian Metro

The Star Online

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

kata2