Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kenangan Harumanis Perlis

Apa specialnya buah mangga Harumanis ? Keharumannya, rasanya atau harganya. Pada 15 May lalu, aku ‘tersinggah’ sebentar di Pusat Kecemerlangan Mempelam Harumanis, Pusat Pertanian Bukit Bintang di Sungai Batu Pahat Perlis.

Alhamdulillah, berkesempatan mengenali dengan lebih dekat buah yang menjadi speciality atau keunikan Perlis khususnya ketika musim yang hanya pada April hingga Jun saban tahun. Mengapa Perlis sahaja dan mengapa tidak sepanjang tahun ?

Difahamkan Universiti Malaysia Perlis ( UNIMAP – ada juga dipanggil Universiti Merata Perlis, lantaran berada di merata tempat termasuk rumah-rumah kedai ) sedang membuat kajian bagi membolehkan pokok mangga Harumanis berbuah sepanjang tahun. Jika berjaya tentu menarik, tetapi rega mangga Harumanis tentu akan berkurangan berbanding sekarang sekitar RM25-RM30 sekilo walaupun di ladang.

Dipanggil Harumanis kerana buah mangga ini mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis. Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis.

Juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

Buahnya berbentuk jorong, berparuh sedikit dan ujungnya meruncing. Pangkal buahnya berwarna merah keunguan, sedangkan bagian lainnya berwarna hijau. Kulitnya tidak begitu tebal. Daging buahnya tebal, berwarna kuning, lunak, tidak berserat, dan tidak mengandung begitu banyak air.

Sebab itu ia menggamit kehadiran ramai ke Perlis lantaran musimnya hanya sekali dalam setahun, tambahan pula dalam tempoh waktu yang singkat. Ini juga membuatkan ramai yang dikatakan tidak sabar malah sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan Harumanis. Mengikut rekod musim-musim terdahulu, agak ramai yang tidak berpeluang menikmati buah Harumanis ini kerana permintaan melebihi pengeluaran lebih-lebih lagi pada akhir musim.

Kawasan pertanian di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat merupakan kawasan pengeluar utama mempelam jenis ini di Malaysia. Keluasan penanaman mempelam adalah 1,000 ekar dan hasil pengeluaran tahunan adalah antara 300 hingga 500 tan. Pusat ini juga merupakan pusat jualan mempelam Harumanis.

Di pusat ini pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat rupa pokok mangga tersebut serta mengenli dengan lebih dekat berdasarkan informasi yang disediakan serta diceritakan oleh ‘pemandu’ pelancong.

Kebanyakan pokok yang aku lihat di kawasan Pertanian Bukit Bintang ni dah berusia, dikatakan sekitar 30 tahun. Jangkahayat pokok hingga berbuah pula antara 35-40 tahun. Dalam 1 pohon mangga harum manis dikatakan dapat menghasilkan sehingga 54 Kg buah.

Memang buah yang mula keluar dari pokok akan dibalut bagi mengelakkan serangan penyakit. Lazimnya dengan kertas suratkhabar. Tetapi ia lebih berkualiti jika dibalut dengan pembalut khas yang dipasarkan oleh Jabatan Pertanian.

Pembalut baru ini mempunyai lapisan dalam gelap, di hujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan hasilnya cukup memuaskan kerana ia buah nampak bersih dan segar.

Walau pun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar negeri Perlis, hasilnya tidak menjadi seperti tidak tumbuh subur, tidak berbuah, rasa tidak manis dan sebagainya. Ini kerana faktor cuaca dan tanah di negeri Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain menjadikan Harumanis amat istimewa di mana ia hanya benar-benar subur dan berbuah sangat manis di negeri Perlis sahaja.

Harum Manis dikatakan berasal dari sebuah daerah di Jawa Timur. Namun kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis mendaftarkan nama Harumanis Perlis sebagai harta intelek. Pendaftaran ini untuk mengesahkan bahawa Harumanis yang berkualiti hanya mempelam dari Perlis berdasarkan kesesuaian muka bumi selain menjaga reputasinya.

Jadi, tidak bolehlah sesiapa menjual mempelam jenis lain tetapi menggunakan nama Harumanis.

Ada juga dikatakan penjual mendakwa mangga Harumanis, tetapi sebenarnya bukan. Terdapat beberapa mangga saingan kepada Harumanis yang menyebabkan kita berhati-hati supaya tidak tertipu.
Share:

1 Komen:

Unknown said...

Hari apa bukak tempat ni

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah