Harap maaf ... Blog ini sedang dibangunkan semula .. akan kembal menemui anda !!!

Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Sebenarnya Kini Semua Orang Boleh Berkorban

Cuti Penggal Persekolahan datang lagi bersama Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban serta cuti Hari Malaysia. Ramai yang mengambil peluang bercuti panjang, sama ada pulang kekampong untuk beraya atau melancong. Betol ke orang Malaysia ini pantang saja ada cuti, asyik nak berjalan saja.

MATTA Fair merupakan suatu event yang katanya amat di nanti oleh mereka yang suka melancong bagi mendapatkan pakej pelancongan yang terbaik. MATTA Fair Kuala Lumpur 2016 berlangsung pada 2-4hb September bebaru ini di PWTC. Maka berbondong2lah termasuk yang Muslim mencari2 pakej yang sesuai dan selesa mengikut kelapangan rezeki memasing sama ada untuk sendiri, bersama spouse atau famili.

Semuanya menjadi mudah. Tanpa banyak berkira2, pelbagai pakej idaman disambarnya. Semuanya menjadi mampu. Mungkin kerana dah buat perancang awal, siap reserve peruntukan bulan2 buat tabungan. Tidak hairanlah jika dilaporkan bahawa MATTA Fair 2016 berjaya menarik 110,000 pengunjung dengan nilai jualàn RM220 juta. Maknanya pukol rata RM2,000 seorang !! Itu baru di KL, lepas ini ada juga MATTA Fair di bandar terpilih lain.

Namun ketika pelbagai seruan, iklan dan tawaran korban Aidil Adha di sana sini ketika ni, kita buat tak kisah. Kalau nak kisahpun, kita nampaknya mula berkira2. Terasa tak mampu pulak, bukan setakat yg RM600 tapi yang rega RM300 pun terasa mahallah, ragu2 kot pihak penganjur nak cari untung aje tu, entah betul tidak diagih ke fakir miskin. Lagipun korban hukumnya sunat je !!

Yang beria2 nak jalan2 melancong tu, hukumnya wajib ke ? Kalau ke tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan rasa kebesaran Allah tu mungkin bolehla jadi sunat. Maksud nya lepas balik melancong jadi insaf, rajin ke surau masjid solat jemaah serta rajin mengikuti Majlis Ilmu dan suka bersedekah, suka tolong orang, baik akhlak, bagus lah tu. Kalau jalan2 untuk dakwah lagi terpuji.

Ingatlah akan amaran tegas Rasulullah s.a.w. “Barang siapa memiliki kelapangan (rezeki) tetapi tidak menyembelih korban maka jangan sama sekali dia mendekati tempat solat kami.” ( H.R Ahmad, Ibnu Majah, Al-Daraqutni, Al-Hakim ) Apa maksud Rasulullah menghalang dari memasuki tempat solat baginda atau umat Islam ?

Dari Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda s.a.w bersabda, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun”. ( HR Ibnu Majah )

Jika kita mampu membayar bil handset dengan data plan sampai beratus sebulan, sanggup membayar bil TV berbayar bulanan, membeli surat khabar dan majalah serta aksesori kenderaan, sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 50 – 60 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada Hari Raya Korban ini. Kini, semua orang boleh berkorban sebenarnya.

Mari kita bersama bersifat Rahmah mengeluarkan sebahagian daripada rezeki kita untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah