Selamat Datang
Terima Kasih Atas Kunjungan

Kendatipun sekadar catatan peribadi, mana yang baik jadikanlah pengajaran. Mana yang kurang sesuai jadikanlah sempadan. Dalam kehidupan ini, ada saat manis, saat pahit, indah, muram, genting dan gembira. Semoga Allah memberkati hidup kita.

Kolagen Dari Rumpai Laut Sabah

Teruja dengan penerangan mengenai Sea Weed atau Rumpai Laut semasa pameran MAHA 2012, teringin hendak jadikan satu habit harian. Kebetulan seorang kawan pejabat outstation ke Tawau Sabah, lalu aku kirim belikan rumpai laut Sabah yang 'mentah' sebanyak RM50. Tidak kisah berapa banyak dapat asalkan cukup dengan sejumlah wang tersebut.

Terkejut perut aku apabila beliau balik ofis, dibawaknya sekotak seaweed seberat 5 kilogram !!! Ini macam setahun tak habis makan nie. maknanya RM 10 sekilogram. Sebab dah bernekad hendak amalkan memakan kolagen, nak nak tak, kena makanjuga dan maka kenalah proses sendiri untuk mendapatkan kolagen yang dikatakan lebih murah dan lebih berkhasiat berbanding Sarang Burung Walid. Nak tahu khasiat kolagen, bolehlah google sendiri. Banyak sangat-sangat khasiatnya ...

Cara Penyediaan
Sepaket atau separuh rumpai laut mentah tu dibasuh beberapa kali, keikira diramas-ramas macam seperti mencuci beras. Kalau ada bendasing melekat, buangla.

Kemudian kena rendam semalaman, kekira 12jam la kot. Barangkali untuk melembutkannya lagi.

Keesokan pagi, kelihatan menakjubkan !! Berlaku perubahan rupa bentuknya sebab ia telah mengembang dan keputihan sedikit. Basuh lagi beberapa kali untuk menghilangkan lagi sisa masin air laut atau kotoran kot ada yang masih melekat, lalu ditoskan.

Kemudian rebus ia sehingga mendidih bersama kekira 2.5 liter air selama 20-30 minit, atau sehingga ianya mencair.

Lihat perubahan terhadap rumpai secara perlahan-lahan, jadi macam orang buat agar-agar atau lengkong.

Akhirnya sejukkan ia dalam beberapa bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Tapi awas, bukan diruang sejuk beku.

Apabila sejuk memang jadi seperti jeli agar-agar dan siap sedia untuk digunakan.

Cara Pengambilan
Disarankan untuk ambil 2-3 sudu besar kolagen yang disimpan sejuk dalam peti sejuk tadi pada ketika berikut :-
- sebaik bangun tidur dan sebelum gosok gigi
- atau setengah jam sebelum sarapan dan
- sebelum masuk tidur malam

Dikatakan masa perut kosong adalah masa terbaik kolagen diserap ke dalam tubuh. Namun boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur dalam jus minuman, jus buah untuk memberikan perisa yang enak, sekiranya tidak larat nak makan begitu sahaja.

Walau bagaimanapun dinasihatkan elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein atau berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Dikatakan ini kerana, minuman tersebut boleh menyerap vitamin C dan kolagen dalam badan kita.

Bagi mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan, digalakkan banyak minum air kosong, ini standardlah.

Satu lagi untuk kecantikan wajah, boleh amalkan sebagai masker wajah.
Share:

0 Komen:

Pengunjung

Pengunjung 2

free counters

Total Pageviews

Blog Tazkirah